Buku Ma'alimul Abrar
MUQADDIMAH
"Sesungguhnya Orang-Orang Abrar Benar-Benar Berada Dalam (Syurga Yang Penuh) Kenikmatan" -Surah Al-Infithar Ayat 13
Siapakah Golongan Abrar ?
Golongan Al-Abrar bermaksud golongan yang berbakti dengan penuh rasa ikhlas sematamata kerana Allah , Apa yang Allah suka, Ia lakukan dengan penuh rasa suka juga. Apa yang Allah benci, pastinya ia jauhi dan tinggalkan. Ia ikhlas dalam setiap amal dan baktinya. Tidak mengharap imbalan ucapan terima kasih dan penghargaan daripada manusia. Tetapi, Ia mengharap akan redha Allah akan memayungi langkah hidupnya.
Amalan Orang-Orang Abrar Setiap Hari
- ILMU
- SOLAT
- QURAN
- ZIKIR
- SELAWAT
- HARTA – ZAKAT/ INFAK/DERMA
- PUASA
- INGAT MATI
- MENDAMPINGI ORANG SOLEH
- BERDOA / BERMUNAJAT
- PEMBERSIHAN DIRI
- AMALAN MUSLIMAT KETIKA HAID
- QAIM UL LAIL
- BERDAKWAH DAN BERJIHAD
- AMALAN KEMASYARAKATAN
- MUHASABAH
Himpunan Ilmu dari Ulama & Tuan Guru
Segala ilmu yang terdapat didalam buku panduan amalan golongan abrar ini telah pun diijazahkan dalam majlis yang dihadiri sendiri oleh penulis sejak tahun 1980 hinggalah kini. Penulis menerbitkan naskah Maalimul abrar supaya ilmu yang diberikan oleh guru dan juga ulama tidak hilang disamping dapat beramal sepenuhnya.
Manfaat Kandungan Ma'alimul Abrar
Istimewanya Buku panduan amalan ini dengan buku yang sedia ada di pasaran adalah mempunyai jadual amalan ibadat seharian yang lengkap dengan waktu dan mudah untuk beramal.Konsep & idea jadual ini adalah untuk membantu kita dalam menguruskan waktu yang ada dengan sistematik dan tersusun.Lihat Gambar jadual yang diberikan. Singkatan seperti AJ,AH,KS,IZ di 4 Kolum bahagian tepi bermaksud:
- Pakej amalan hari jumaat (AJ) – Pribadi/berjamaah
- Pakej amalan harian – (AH) -Pribadi
- Pakej keluarga Sakinah (KS) – bersama ahli keluarga
- Pakej Ijtimak Zikrullah Dan Selawat (IZ) –berjamaah
Kaedah Jadual ini mudah sahaja, Jika mampu beramal kesemua amalan yang disusun,maka teruskan tetapi jika tidak dapat nak beramal sepenuhnya dicadangkan untuk lakukan dengan tandakan sahaja amalan mana dahulu untuk diamalkan mengikut kemampuan secara berfasa bersama keluarga,jemaah, ataupun secara peribadi.Bila sudah mampu istiqamah dengan amalan sedia ada maka tambah lah amalan lain untuk diamalkan setiap hari bersama amalan-amalan sebelumnya.
Tekan Link Di Bawah Untuk Tempahan
1x Pcs (RM90)
2x Pcs (RM180)
3x Pcs (RM270)